Cari @ Amanz

OnePlus 3T dilancarkan November lalu dan menerima sambutan yang menggalakkan. Namun permintaan yang tinggi tidak dapat dipenuhi oleh OnePlus kerana kemampuan pengilangan yang rendah. Bagi memenuhi permintaan pengguna, mereka akan mula menghasilkan peranti yang diperkasakan dengan Snapdragon 821 ini di India.

OnePlus 3T

Ini bukan kali pertama mereka menghasilkan peranti di India. Sebelum ini mereka memindahkan pengilangan OnePlus X ke India selepas menamatkan kontrak dengan FoxConn pada tahun 2015. Di India OnePlus di tempat ketiga di dalam pasaran peranti berharga $300 dan ke atas. Mereka di belakang Samsung dan Oppo. Setakat ini di India sahaja mereka mencatatkan tempahan mencecah 200 000 unit.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd