Masalah Audio Pecah Pada Google Pixel Sedang Disiasat Oleh Google

Masalah Audio Pecah Pada Google Pixel Sedang Disiasat Oleh Google

Diterbitkan pada Dis 21, 2016 oleh .

Isnin lalu kami melaporkan masalah yang melanda Google Pixel dan Pixel XL. Pada tetapan audio yang tinggi, bunyi yang dihasilkan pecah dan mengalami distorsi. Seorang pengguna merungut masalah ini terus berlaku walaupun Pixel XL beliau sudah digantikan sebanyak empat kali oleh Google.

Selepas mendapat liputan media, Google akhirnya mengesahkan mereka sedang menyiasat punca masalah audio ini. Apa yang pasti ia bukan masalah pada pembesar suara tetapi adalah masalah perisian. Diharap masalah ini dapat diselesaikan sebelum peranti ini dibawa masuk secara rasmi untuk pasaran Malaysia.


TIPS & ULASAN