Aplikasi Spotify Untuk Samsung Gear S3 Dan S2 Boleh Dimuat Turun

Aplikasi Spotify Untuk Samsung Gear S3 Dan S2 Boleh Dimuat Turun

Diterbitkan pada Dis 21, 2016 oleh .

Jam tangan pintar Samsung Gear S3 ialah antara yang terbaik di pasaran sekarang. Di dalam ulasan kami, kekurangan sokongan aplikasi pada platform Tizen ialah antara kekurangan yang paling ketara. Bagi pelanggan Spotify yang memiliki Gear S2 dan S3 kini aplikasi khas boleh dimuat turun.

Aplikasi sebesar 1.7 Megabyte ini memudahkan Spotify dikawal menggunakan jam tangan pintar. Akses kepada Playlist dan album-album terkini yang didengari menerusi aplikasi dapat dilakukan dengan lebih pantas. Lagu boleh ditukar dengan memutar bezel jam tangan pintar. Selain daripada itu carian menggunakan arahan suara turut disokong.  Aplikasi ini perlu dimuat turun menerusi Galaxy Apps dan bukan menerusi Google Play Store


TIPS & ULASAN