Cari @ Amanz

Dua bulan sudah berlalu sejak Samsung Galaxy Note 7 ditarik jualannya dari pasaran. Sungguhpun begitu masih banyak peminat tegar phablet ini terus bertegas menggunakannya. Mengejutkan sekali jumlah peranti aktif masih lebih tinggi berbanding beberapa peranti pesaing yang lebih baru. Samsung Singapura mengumumkan fungsi pengecasan Note 7 akan dinyahaktifkan pada 28 Disember hadapan.

Galaxy Note 7 Baharu

Kemas kini yang bakal diberikan ini sama seperti yang bakal diberikan kepada pengguna di Amerika Syarikat. Setakat ini 95% Note 7 telah dipulangkan semula di Singapura. Langkah yang diambil oleh Samsung Singapura ini lebih drastik berbanding Samsung Malaysia yang menghadkan pengecasan bateri ke 30% sahaja. Samsung dilaporkan sudah menemui sebab mengapa peranti mereka meletup. Ia hanya akan diumumkan secara rasmi selepas hasil ujian dari dua makmal luaran mengesahkan penemuan mereka.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd