U Mobile Memperkenalkan Sokongan Pembayaran Google Play Store Menggunakan Bil Telekomunikasi

U Mobile Memperkenalkan Sokongan Pembayaran Google Play Store Menggunakan Bil Telekomunikasi

Diterbitkan pada Dis 21, 2016 oleh .

Maxis, Celcom dan Digi, masing-masing telah sedia menawarkan sokongan pembayaran pada Google Play Store menggunakan kredit pascabayar atau prabayar. Kini, U Mobile dilihat turut telah mula menawarkan perkara sama untuk para pelanggan mereka.

U Mobile Billing

Dengan penawaran ini, pengguna peranti Android kini tidak lagi memerlukan kad kredit atau debit untuk melakukan pembayaran – sebaliknya boleh menggenakan caj terus kepada bil pascabayar, atau tolak daripada kredit prabayar.

Untuk melakukan pembayaran, ketika pada pop-up pembayaran, pengguna hanya perlu memilih “Use U Mobile Billing”. Pengguna juga turut boleh membuat penukaran daripada menggunakan kad kredit ke U Mobile melalui menu Account pada Google Play Store.

U Mobile Billing

U Mobile melalui halaman khusus turut menyatakan yang mana pembelian melalui Google Play Store ini tertakluk kepada GST. Ini bermakna, anda akan membayar beberapa sen atau ringgit lebih tinggi untuk pembelian di Play Store apabila menggunakan U Mobile Billing – dan harga yang dicaj tidak sama dengan harga yang dipaparkan pada Google Play Store. Disamping itu, U Mobile turut mengehadkan pembelian untuk pengguna pasbayar sebanyak RM400 sebulan.


TIPS & ULASAN