Jualan Steam Sale Musim Sejuk Akan Bermula Esok

Jualan Steam Sale Musim Sejuk Akan Bermula Esok

Diterbitkan pada Dis 21, 2016 oleh .

Hari paling gembira di kalangan peminat permainan PC ialah Steam Sale. Setiap tahun hari gembira ini disambut dengan rakan taulan atas talian dan bil kad kredit yang melambung secara mendadak. Bagi yang mahu membeli permainan pada harga yang murah, tawaran yang diberikan oleh jualan Steam memang tidak terkalahkan.

Steam Sale untuk musim sejuk disahkan bermula esok 22 Disember dan berakhir pada 2 Januari. Ini diumumkan sendiri oleh PayPal UK yang turut melakukan pengumuman yang sama tahun lalu. Bagi mereka yang mahu menghabiskan cuti panjang Hari Natal dan Tahun Baru dengan bertapa di hadapan PC esok ialah hari anda. Bagi yang mempunyai wang lebih dan mahu memberikan hadiah hari jadi kepada saya sempena hari jadi esok, terima kasih diucapkan lebih awal kepada anda. Semoga Tuan GabeN memberikan potongan harga yang munasabah!


TIPS & ULASAN