Cari @ Amanz

HTC Malaysia hari ini memperkenalkan dua peranti baru untuk pasaran tempatan, iaitu HTC Desire 10 Pro, dan juga HTC One A9S. Kedua-duanya diumumkan bersempena dengan musim cuti hujung tahun ini, dan menawarkan beberapa ciri-ciri menarik melaluinya.

HTC Desire 10 Pro

HTC Desire 10 Pro menawarkan spesifikasi sedikit tinggi, iaitu skrin 5.5-inci dengan paparan 1080p, dijana menggunakan cip pemprosesan MediaTek Helio P10, memori 4GB RAM, dan ruangan storan 64GB. Untuk rakaman gambar, ia menyertakan kamera belakang 20-megapixel dan kamera hadapan 13-megapixel. Peranti ini turut dilengkapi dengan sokongan pengimbas cap jari pada bahagian belakang.

HTC One A9S membawakan spesifikasi sedikit rendah dan bersaiz kompak. Peranti ini membawakn skrin bersaiz 5-inci pada paparan resolusi hanya 720p sahaja. Menguasakannya adalah cip pemprosesan Helio P10, memori 3GB RAM, ruangan storan 16GB, bateri berkapasiti 2300mAh, dan kamera belakang 13-megapixel. Dari segi binaan pula, HTC mengekalkan rekaan premium pada HTC One A9s, dan menggunakan rekaan kerangka berasaskan logam.

HTC One A9s

Di Malaysia, HTC Desire 10 Pro ditawarkan pada harga RM1699, sementara HTC One A9s pula dijual pada harga RM1159. Ia boleh didapati daripada para pengedar HTC seluruh negara bermula 26 Disember 2016 ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd