Carian
Super Mario Run Telah Dimuat-Turun Lebih 40 Juta Kali Dalam Tempoh 4 Hari
December 22, 2016 Aman

Super Mario Run merupakan salah satu permainan terbaru daripada Nintendo yang ditawarkan untuk pengguna peranti iOS. Ia hadir secara percuma, dan pengguna perlu membayar RM39.90 untuk memainkan keseluruhan permainan berkenaan tanpa had.

Kini, selang seminggu selepas memperkenalkannya, Nintendo berkongsi statistik semasa berkaitan permainan berkenaan, mengatakan ia telah dimuat-turun lebih 40 juta kali dalam tempoh 4 hari pertama. Walaubagaimanapun, Nintendo tidak mengumumkan berapa ramai yang telah membuat pembelian dalam-aplikasi berkenaan.

Perkara ini semestinya salah satu kejayaan untuk Nintendo dalam arena permua (Permainan Mudah-Alih) – apatah lagi selepas pengenalan Pokemon Go yang turut menjadi salah satu fenomena dunia.

Selain kedua-dua permua ini, Nintendo juga turut dijangka memperkenalkan beberapa permua lain pada tahun hadapan. Desas-desus turut mengatakan permainan Super Mario Run turut bakal ke platform Android pada 2017 kelak.

Komen