Asus Akan Mula Menawarkan Robot Peribadi Di Taiwan Bermula Januari 2017

Asus Akan Mula Menawarkan Robot Peribadi Di Taiwan Bermula Januari 2017

Diterbitkan pada Dis 22, 2016 oleh .

Pada bulan Jun 2016 lepas, Asus telah memperkenalkan robot peribadi mereka yang dinamakan sebagai Asus Zenbo. Kini, selang sekitar enam bulan, Asus berkongsi mengatakan mereka bakal memasarkannya bermula Januari 2017 ini. Namun, ia hanya akan dipasarkan di negara asal mereka, iaitu Taiwan buat masa ini.

Menggunakan Asus Zenbo, pengguna boleh berinteraksi dengannya, termasuk menyuruh robot berkenaan untuk menjawab pelbagai pertanyaan, membuat panggilan, membacakan berita semasa, bermain permainan, merakamkan gambar – dan termasuk menghubungi ahli keluarga terdekat sekiranya kecemasan.

Ia bakal dipasarkan di Taiwan pada harga bermula NT$19,900 iaitu sekitar RM2784. Robot berasaskan cip Intel ini turut hadir diintegrasikan bersama pelbagai perkhidmatan tempatan di Taiwan – seperti untuk menempah teksi, makanan, perbankan dan sebagainya.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi perancangan Asus untuk memasarkannya di luar Taiwan. Mungkin kita perlu nantikan Zenbo generasi kedua atau ketiga sebelum dapat melihatnya di Malaysia.


TIPS & ULASAN