Cari @ Amanz

Masalah selepas menerima kemas kini ialah sesuatu yang kini sudah menjadi semakin lumrah. Terkini pengguna Google Pixel dan Pixel XL melaporkan fungsi dwi tap dan rise to wake bagi menghidupkan skrin tidak berfungsi selepas kemas kini Android 7.1.1.

Pengguna melaporkan fungsi tidak diaktifkan secara konsisten. Ada yang merungut skrin terpasang walaupun di dalam kocek seluar. Kedua-dua fungsi ini diberikan dengan kemas kini 7.1.1. Fungsi rise to wake ini sama seperti yang dilihat pada iOS 10. Masalah terus melanda Pixel walaupun setiap aspek peranti ini di bawah urusan Google. Sebelum ini kami ada melaporkan masalah audio pecah dan gambar dengan masalah silau lensa.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd