(Ura-Ura) Red Dead Redemption 2 Akan Mempunyai Tiga Watak Utama

Diterbitkan pada Dis 22, 2016. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Tahun hadapan Red Dead Redemption 2 akan dilancarkan bagi meneruskan jalan cerita John Marston. Pelbagai spekulasi mengenai jalan cerita mula kedengaran. Ura-ura terkini yang mula didengari ialah RDR2 akan mempunyai tiga watak utama. Ini sama seperti yang dilakukan oleh Rockstar dengan Grand Theft Auto V.

Ketiga-tiga watak yang dipaparkan kelak adalah rakan-rakan geng penjahat John Marston. Ini tidak mengejutkan kerana John Marston telahpun ditembak mati oleh FBI di alam Red Dead Redmption. Pada waktu yang sama RDR2 turut akan mempunyai komponen atas talian seperti GTA V. Ia akan dilancarkan beberapa bulan selepas RDR2 dilancarkan. Setakat ini Rockstar tidak pernah lagi mengecewakan dan kami yakin RDR2 akan menjadi permainan yang sebaik RDR asal.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami