Filem-Filem Terhangat 2016 Boleh Disewa Di Google Play Movies Pada Harga RM 1.49

Filem-Filem Terhangat 2016 Boleh Disewa Di Google Play Movies Pada Harga RM 1.49

Diterbitkan pada Dis 22, 2016 oleh .

Bagi kebanyakan insan di luar sana, minggu ini ialah minggu terakhir sebelum cuti panjang hujung tahun. Biasanya cuti panjang seperti ini digunakan untuk santai dan melupakan kerja di pejabat. Kami gemar menggunakan masa terluang ini untuk menonton filem. Google Play Movies hari ini memberikan promosi hebat untuk menyewa filem terhangat sepanjang 2016.

Filem-filem seperti Warcraft, Finding Dory, Ghostbuster dan The Conjuring 2 boleh disewa pada harga serendah RM 1.49. Harga ini ialah sama untuk filem versi definisi biasa dan definisi tinggi. Tempoh menyewa ialah selama 48  jam. Di dalam tempoh ini filem boleh ditonton beberapa kali sehingga tamat tempoh.


TIPS & ULASAN