Xiaomi Redmi Note 3 Mula Menerima Kemaskini Android Marshmallow

Xiaomi Redmi Note 3 Mula Menerima Kemaskini Android Marshmallow

Diterbitkan pada Dis 22, 2016 oleh .

Xiaomi Redmi Note 3 hadir di pasaran Malaysia pada awal April yang lalu. Peranti dengan skrin 5.5″ ini ialah antara yang terbaik di dalam kelasnya dan dijual pada harga yang amat mampu milik. Ketika dilancarkan ia masih menggunakan Android Lollipop. Kemas kini ke Android 6.0 Marshmallow mula diterima sejak semalam.

Kemas kini bersaiz 1.3 Gigabyte ini boleh dimuat turun secara OTA dan mengemas kini pelancar ke MIUI 8.1.1. Antara fungsi baru yang diberikan ialah menangkap paparan skrin dengan melakukan tatalan menggunakan tiga jari. Aplikasi yang paling kerap digunakan akan dipaparkan telebih dahulu apabila pengguna menekan butang Share. Selamat melakukan kemas kini.


TIPS & ULASAN