Kemaskini Percuma Mafia III Memperkenalkan Kustomasi Kenderaan Dan Misi Perlumbaan

Kemaskini Percuma Mafia III Memperkenalkan Kustomasi Kenderaan Dan Misi Perlumbaan

Diterbitkan pada Dis 22, 2016 oleh .

Mafia III menerima reaksi dari pengguna kerana tidak mempunyai banyak variasi misi. Tidak seperti permainan terdahulu kustomasi kenderaan dan pakaian watak utama tidak disertakan pada hari pertama. Kustomasi pakaian akhirnya diberikan selepas beberapa minggu. Kemas kini terkini hari ini akhirnya membawakan kustomasi kenderaan.

Terdapat 50 kustomasi boleh dilakukan dalam bentuk pelekat, warna, rim tayar dan tubocharger. Kemas kini juga membawakan misi perlumbaan dengan hadiah berbentuk kenderaan khas Griffin Marauder. Akhir sekali tiga pakaian baru untuk Lincoln Clay diperkenalkan termasuk Classico yang membuatkan beliau kelihatan seperti seorang ahli Mafia klasik lengkap dengan pistol baru Il Duca.


TIPS & ULASAN