Griff 300 – Dron Oktakopter Dengan Kemampuan Membawa Beban Seberat 225 Kilogram

Griff 300 – Dron Oktakopter Dengan Kemampuan Membawa Beban Seberat 225 Kilogram

Diterbitkan pada Dis 22, 2016 oleh .

Dron yang memulakan hidup sebagai permainan riadah kini berubah menjadi kenderaan pelbagai fungsi. Ada yang sudah diubah menjadi dron penghantar bungkusan, membawa penumpang seperti teksi dan dron Kamikaze untuk menyerang musuh. Griff 300 ialah dron lapan kipas yang direka untuk membawa kargo untuk jarak perjalanan yang jauh.

Dengan lapan kipas ia mampu membawa beban sehingga 225 Kilogram dan mampu terbang selama 45 minit sebelum perlu dicas. Ini adalah kemampuan penerbangan yang jauh lebih baik berbanding dron-dron lain di pasaran sekarang. Selain daripada itu rekaannya juga lebih senyap bagi mengurangkan pencemaran bunyi. Pereka Griff akan menggunakan 300 sebagai platform percubaan sebelum menghasilkan model lebih berkuasa dengan kemampuan membawa beban sehingga 800 Kilogram.


TIPS & ULASAN