LG Melancarkan Peranti Stylus 3 Dan Siri K 2017
LG

LG Melancarkan Peranti Stylus 3 Dan Siri K 2017

Diterbitkan pada Dis 22, 2016 oleh .

LG hari ini melancarkan lima peranti baru di bawah siri K 2017 dan Stylus 3.  Kita mulakan dengan LG Stylus 3 terlebih dahulu. Ia dilengkapi skrin 5.7″ HD, pemproses MediaTek MTK 6750, RAM sebesar 3 Gigabyte dan storan 16 Gigabyte. Kemampuan kamera pula ialah kamera utama 13-Megapixel dan kamera hadapan 8-Megapixel. Peranti Android 7.0 ini mempunyai bateri 3200 mAh dan mempunyai stylus terbina.

LG K10 2017 ialah peranti dengan skrin 5.3″ HD, pemproses MediaTek MTK 6750, RAM sebesar 2 Gigabyte dan storan 32 Gigabyte. Kemampuan kamera ialah kamera utama 13-Megapixel dan kamera hadapan 5-Megapixel. Bateri sebesar 2800 mAh membekalkan kuasa kepada peranti yang turut menggunakan Android 7.0 ini.

LG K8 2017 pula dilengkapi skrin 5″ HD, pemproses Snapdragon 425, RAM 1.5 Gigabyte dan storan 16 Gigabyte. Kamera utama ialah sebesar 13-Megapixel dan kamera hadapan 5-Megapixel.  Bateri 2500 mAh membekalkan kuasa kepada peranti dengan Android 7.0.

Akhir sekali ialah LG K4 2017 dan K3 2017. Kedua-duanya diperkasakan pemproses Snapdragon 210, RAM sebesar 1Gigabyte dan storan 8 Gigabyte. LG K4 2017 mempunyai skrin 5″ FWVGA manakala K3 2016 mempunyai skrin 4.5″ FWVGA. Kemampuan kamera K4 2017 ialah kombinasi 5-Megapixel depan serta belakang. Pada K3 2017 ialah kamera utama 5-Megapixel dan kamera hadapan 2-Megapixel. Dari segi bateri pula K4 mempunyai bateri 2500 mAh manakala K3 pula dengan bateri 2100 mAh. Harga jualan kesemua peranti masih belum diumumkan buat masa ini.


TIPS & ULASAN