Prisma merupakan salah satu aplikasi yang diperkatakan ramai pada tahun ini, dimana ia hadir dengan sokongan menambah kesan penuras pada gambar dalam menjadikan gambar hadir seumpama lakaran grafik. Ia ditawarkan secara percuma untuk Android dan iOS, dan hanya memfokuskan kepada fungsi penyuntingan dan menambah kesan penuras sahaja sebelum ini.
Kini, perkara berkenaan berubah, dan pihak Prisma dilihat menjadikan perkhidmatan mereka lebih sosial. Seperti pada Instagram, kini Prisma turut menyertakan sebuah latar masa terbina bagi membolehkan pengguna mengikuti gambar-gambar terkini daripada rakan-rakan lain, selain daripada sokongan profil.
Disamping itu, untuk pengguna iOS, pihak Prisma turut telah menambah sokongan untuk menggunakan gambar pada sebarang resolusi – dan tidak lagi terhad kepada hanya empat-segi sama seperti sebelum ini.
Bagi anda yang menggunakan aplikasi Prisma, boleh mengemaskini aplikasi anda di Android atau iOS, dan menikmati ciri baru yang dibawakan ini.
- Muat Turun
- Muat-Turun Prisma untuk Android
- Muat Turun
- Muat-Turun Prisma untuk iPhone