Permainan RoollerCoaster Tycoon Classic Hadir Untuk iOS Dan Android

Permainan RoollerCoaster Tycoon Classic Hadir Untuk iOS Dan Android

Diterbitkan pada Dis 23, 2016 oleh .

Bagi anda yang minat permainan berbentuk simulasi, semestinya permainan RollerCoaster Tycoon bukan sesuatu yang asing untuk anda. Terkini, pihak Atari telah mula menawarkan permainan klasik tersebut untuk para pengguna peranti Android dan iOS, sekaligus membolehkan anda memainkannya pada peranti mudah-alih anda.

Roller Coaster Tycoon

Roller Coaster Tycoon

Melalui RollerCoaster Tycoon Classic ini, ia mengabungkan pengalaman permainan terbaik daripada RollerCoaster Tycoon dan Roller Coaster Tycoon 2 – dan mengabungkannya dalam satu permainan yang sama. Selain daripada permainan ini, pengguna turut boleh membuat pembelian dalam-permainan yang menawarkan beberapa kandungan tambahan, iaitu Wacky Worlds, Time Twister dan juga Toolkit.

Permua ini ditawarkan pada harga RM26.99 di Android, dan RM24.90 di iOS.

Muat-Turun Roller Coaster Tycoon Classic di iOS

Muat-Turun Roller Coaster Tycoon Classic di Android


TIPS & ULASAN