Pokemon Go Kini Ditawarkan Untuk Pengguna Apple Watch

Pokemon Go Kini Ditawarkan Untuk Pengguna Apple Watch

Diterbitkan pada Dis 23, 2016 oleh .

Pembangun Pokemon Go telah memperlihatkan aplikasi Pokemon Go untuk Apple Watch pada bulan September lepas, dan hari ini, secara rasminya mereka mengumumkan pengenalan dan penawaran aplikasi berkenaan kepada semua pengguna Apple Watch seluruh dunia.

Melalui aplikasi Pokemon Go untuk Apple Watch ini, ia membolehkan para pemain permainan berkenaan untuk melihat notifikasi apabila terdapat PokeStop atau Pokemon berdekatan.

Pokemon Go

Seperti biasa, pengguna perlu berhubung ke iPhone pengguna untuk beroperasi, dan pengguna masih perlu membuka aplikasi Pokemon Go di iPhone sekiranya ingin menangkap sesuatu Pokemon berdekatan.

Pada Apple Watch, pengguna boleh mengumpulkan barangan daripada PokeStops, selain turut boleh menggunakan Apple Watch dalam mengira langkah perjalanan untuk membolehkan anda menetaskan telur Pokemon dalam permainan berkenaan.

Sekiranya anda mempunyai Apple Watch, dan masih aktif memainkan Pokemon Go, mungkin boleh menyemak penawaran baru ini hari ini.


TIPS & ULASAN