Carian
Senarai Jam Tangan Pintar Yang Akan Menerima Android 2.0 Kini Diketahui
December 23, 2016 Effi Saharudin

Kemas kini ke Android Wear 2.0 akan diberikan tahun hadapan selepas ia ditangguhkan oleh pihak Google. Ini adalah kerana jualan jam tangan pintar yang kurang memberangsangkan sepanjang 2016. Beberapa pengeluar besar menangguhkan model baru tahun ini atas sebab yang sama.

Sekiranya anda sudahpun memiliki peranti pintar Android Wear, anda pasti akan tertanya-tanya sama ada peranti anda akan dikemas kini. Wakil Google yang di temuramah The Verge mengesahkan 17 peranti-peranti di bawah akan menerima kemas kini. Senarai yang agak panjang tetapi kesemuanya adalah peranti boleh pakai generasi kedua.

  1. Moto 360 Gen 2
  2. Moto 360 Sport
  3. LG Watch Urbane 2nd Edition LTE
  4. LG Watch Urbane
  5. LG G Watch R; Polar M600
  6. Casio Smart Outdoor Watch
  7. Nixon Mission
  8. Tag Heuer Connected
  9. Fossil Q Wander
  10. Fossil Q Marshal
  11. Fossil Q Founder
  12. Michael Kors Access Bradshaw Smartwatch
  13. Michael Kors Access Dylan Smartwatch
  14. Huawei Watch
  15. Huawei Watch Ladie
  16. Asus ZenWatch 2
  17. Asus ZenWatch 3
Komen