Beberapa hari yang lepas, kita telah mendengar mengenai pengumuman permainan baru dibawah siri Angry Birds daripada Rovio, iaitu Angry Birds Blast. Kini, permainan berkenaan sudah pun boleh dimuat-turun oleh semua pengguna peranti Android atau iOS secara percuma.
Melalui Angry Birds Blast, ia menawarkan permainan seakan-akan Candy Crush, dan menyertakan beberapa elemen daripada watak Angry Birds. Pengguna perlu menyusun kiub mengikut warna, dan menghapuskan khinzir durjana.
Rovio mengatakan sebanyak 270 tahap permainan ditawarkan ketika pelancaran ini, dan tahap baru akan ditambah untuk setiap 2 minggu.
Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun permua ini untuk Android dan iOS hari ini.
- Muat-Turun Angry Birds Blast untuk iOS
- Muat-Turun Angry Birds Blast untuk Android