Oppo R9S Bakal Hadir Ke Pasaran Malaysia Tidak Lama Lagi

Oppo R9S Bakal Hadir Ke Pasaran Malaysia Tidak Lama Lagi

Diterbitkan pada Dis 23, 2016 oleh .

Oppo telah memperkenalkan Oppo R9s untuk pasaran China pada bulan Oktober yang lepas, dan kini pihak Oppo Malaysia berkongsi mengatakan peranti berkenaan bakal hadir untuk pasaran tempatan tidak lama lagi.

Berbeza dengan peranti Oppo sebelum-sebelum ini yang menekankan kepada fungsi selfie, melalui Oppo R9s, pihak Oppo dilihat menekankan kepada fungsi kamera belakangnya. Oppo R9s menggunakan kamera 16-megapixel F/1.7 dengan sokongan PDAF.

Oppo R9s

Dari segi spesifikasi, ia menggunakan skrin 5.5-inci, dijana menggunakan cip Snapdragon 625,memori 4GB RAM, ruangan storan sehingga 64GB, serta hadir dengan sokongan pengecasan pantas VOOC.

Ia tidak diketahui lagi sama ada Oppo Malaysia akan turut membawa masuk Oppo R9 Plus yang menawarkan saiz skrin lebih besar dan memori 6GB RAM untuk pasaran tempatan ataupun tidak.

Sama-sama kita nantikan maklumat lanjut daripada Oppo berkaitan peranti terbaru mereka ini kelak.

Oppo R9s


TIPS & ULASAN