Honor Menjadualkan Acara Di CES 2017 Untuk Pengenalan Peranti Dwi-Kamera

Honor Menjadualkan Acara Di CES 2017 Untuk Pengenalan Peranti Dwi-Kamera

Diterbitkan pada Dis 23, 2016 oleh .

Honor hari ini melalui laman Facebook telah mengumumkan yang mana mereka bakal memperkenalkan telefon pintar baru pada CES 2017 kelak, yang dijadualkan pada 3 Januari 2017. Daripada teaser yang diperlihatkan, Honor seperti akan memperkenalkan peranti dengan sokongan dwi-kamera.

Honor CES 2017

Buat masa ini, di Malaysia, Honor telah mula menawarkan Honor 8 dengan sokongan dwi-kamera. Selain daripada Honor 8, mereka juga mempunyai penawaran Honor 6X di China yang turut menawarkan sokongan dwi-kamera pada bahagian belakang.

Daripada desas-desus awal yang kami dengar, berkemungkinan Honor akan mengumumkan penawaran Honor 6X untuk pasaran global pada acara berkenaan. Malah, teaser yang hadir turut memperlihatkan penggunaan dwi-kamera atas dan bawah – sama seperti yang digunakan pada Honor 6X.

Apa pun, sama-sama kita nantikan 3 Januari 2017 ini untuk melihat apa yang bakal diumumkan oleh Honor.


TIPS & ULASAN