Cari @ Amanz

Humble Bundle merupakan salah satu perkhidmatan yang menawarkan pelbagai permainan video pada harga diskaun – membolehkan ramai membelinya dan pada masa yang sama turut menyumbang kepada badan kebajikan. Terkini, untuk waktu terhad, pihak Humble Bundle menawarkan permainan lumba kereta GRID secara percuma untuk pengguna Windows.

Permainan GRID ini menawarkan permainan lumba kereta, Drift, lumba litar dan sebagainya. Seperti biasa, ia menawarkan grafik yang cantik, selain bentuk permainan yang mencabar para pengguna.

Humble Bundle menawarkan permainan ini secara percuma sehingga penghujung minggu ini sahaja, dan anda boleh mendaftar dan menambahnya pada akaun Steam anda hari ini – sebelum memilih untuk memuat-turunnya pada masa akan datang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd