Pengguna LG G5 Di Malaysia Mula Menerima Kemaskini Android 7.0 Nougat
LG

Pengguna LG G5 Di Malaysia Mula Menerima Kemaskini Android 7.0 Nougat

Diterbitkan pada Dis 23, 2016 oleh .

LG G5 telah mula ditawarkan di Malaysia sejak bulan September lepas, pada harga RM2699. Terkini, selang beberapa bulan sejak pelancaran ia di Malaysia, pengguna tempatan telah mula menerima kemaskini besar pertama untuk peranti LG G5, iaitu kemaskini Andoid 7.0 Nougat.

Kemaskini ini ditawarkan secara OTA, dan bersaiz sekitar 1.6GB. Seperti biasa, menawarkan sokongan sistem operasi Android terbaru yang menawarkan pelbagai ciri seperti kemudahan multi-tasking, pengoptimasian bateri, dan sebagainya.

Bagi anda yang menggunakan peranti LG G5, boleh menyemak kemaskini pada peranti anda, dan mula menaik-taraf peranti anda kepada sistem operasi Android terkini ini.

LG G5


TIPS & ULASAN