Carian
Webe Home Broadband Hadir Dengan 10GB Untuk RM59 – Boleh Dikongsi 10 Peranti, Terhad LTE
December 24, 2016 Aman

Webe, anak syarikat Telekom Malaysia sedia menawarkan perkhidmatan jalur-lebar tanpa had yang tidak boleh dikongsikan bersama lain pada harga langganan RM79 sebulan. Kini, mereka turut hadir dengan penawaran baru dinamakan Webe Home Broadband, dan melaluinya, kini Webe membolehkan para pengguna berkongsi data kepada sehingga kepada 10 peranti lain.

Webe Home Broadband

Webe Home Broadband menawarkan data sebanyak 10GB sebulan, yang mana boleh dikongsikan bersama peranti lain. Namun, berbeza dengan Webe biasa yang boleh menggunakan rangkaian 3G dan juga sokongan panggilan, untuk Webe Home Broadband, perkara tersebut tidak disertakan. Ini bermakna, secara tidak langsung Webe Home Broadband ini akan menggantikan perkhidmatan P1 sebelum ini, dan boleh digunakan pada semua lokasi yang mempunyai rangkaian Webe LTE sahaja. Seperti ramai sedia maklum, Webe sedia memaklumkan sebelum ini, mereka merancang untuk menaik-taraf perkhidmatan mereka untuk kelajuan sehingga mencapai 300Mbps pada penghujung 2017 kelak.

Webe Home Broadband ini hadir dalam bentuk SIM, bermakna anda akan memerlukan peranti berbentuk MiFi, tablet atau telefon pintar tersendiri dengan sokongan rangkaian Webe untuk menggunakannya. Tiada sokongan panggilan yang disertakan pada SIM ini, dan ia terhad kepada penggunaan data sahaja.

Menurut Webe, selepas kehabisan data 10GB yang ditawarkan, penggunaan internet akan diterhadkan kepada kelajuan hanya 128kbps sahaja. Webe Home Broadband ini ditawarkan pada harga langganan RM59 sebulan.

Dan untuk tempoh pengenalan ini, Webe menawarkan data tambahan percuma 20GB sehingga 28 Februari 2017 kelak. Pada 1 Mac kelak, data anda akan kembali kepada 10GB.

Komen