KFC Menguji Restoran Pintar Yang Mencadangkan Menu Makanan Berdasarkan Wajah Pengguna

KFC Menguji Restoran Pintar Yang Mencadangkan Menu Makanan Berdasarkan Wajah Pengguna

Diterbitkan pada Dis 24, 2016 oleh .

Perkembangan teknologi membuatkan ia turut diintegrasikan pada pelbagai perkara disekeliling kita. Terkini, di China, pihak KFC bekerjasama dengan Baidu (syarikat gergasi internet di China) untuk menguji restoran pintar yang mencadangkan apa yang mungkin dipesan oleh pengguna – berdasarkan kepada wajah.

Melalui teknologi pengecaman wajah yang digunakan, ia mengenal pasti beberapa perkara seperti jantina, wajah, mimik muka dan sebagainya – dan seterusnya mencadangkan menu yang mungkin bersesuaian dengan anda. Seperti biasa, ia hanya cadangan, dan pengguna boleh memilih atau memesan menu lain.

KFC China

Disamping cadangan, fungsi pengecaman wajah ini juga dikatakan boleh mengenal-pasti seseorang pelanggan – dan seterusnya mencadangkan menu yang pernah dipesan oleh mereka sebelum-sebelum ini.

Buat masa ini, teknologi ini hanya diimplementasi di salah sebuah restoran KFC di Beijing. Ia dilihat lebih kepada menguji teknologi berkenaan – tetapi tidak mustahil pada masa akan datang kita akan melihatnya digunakan dengan meluas. Selain daripada teknologi ini, sebelum ini KFC turut pernah menguji sokongan membuat pesanan makanan melalui robot di salah sebuah restoran mereka di China.


TIPS & ULASAN