Rekaan Blackberry Mercury Dengan Papan Kekunci Fizikal Tertiris

Rekaan Blackberry Mercury Dengan Papan Kekunci Fizikal Tertiris

Diterbitkan pada Dis 24, 2016 oleh .

Dua peranti Blackberry dengan sistem operasi Android dilancarkan tahun ini. DTEK50 dan DTEK60 kedua-duanya dilengkapi skrin sesentuh. Sebuah peranti dengan papan kekunci seakan Blackberry Passport dijangka dilancarkan tahun hadapan. Rekaan Blackberry Mercury ini akhirnya tertiris.

Peranti ini dilengkapi skrin 4.5″, diperkasakan pemproses Snapdragon 821 dan mempunyai pengimbas cap jari terbina pada kekunci spacebar. Ini membuatkan Mercury peranti Blackberry pertama dengan papan kekunci yang mempunyai sistem biometri. Ia turut mempunyai dwi-skin lengkung. Ini pastinya salah sebuah dari dua peranti Blackberry yang akan diperlihatkan di CES 2017 bulan hadapan.

 


TIPS & ULASAN