Cari @ Amanz

2016 ialah tahun sistem kamera berkembar kembali digunakan pada peranti pintar. Jika dahulu ia hanyalah gimik untuk menghasilkan kesan 3D, dwi kamera sekarang digunakan bagi mengambil gambar dengan kualiti lebih tinggi dan zoom tambahan. Huawei Mate 9 dilengkapi sistem dwi-kamera Leica dengan kemampuan zoom digital 6X dan zoom optikal 2X. Ini meletakkannya setanding dengan kemampuan zoom optikal sebuah iPhone 7 Plus.

Peranti ini mula diberikan kemas kini yang meningkatkan kemampuan kamera. Ia kini mampu melakukan zoom digital 10X.  Kemas kini dengan saiz sekitar 300 Megabyte ini turut menampak kerentanan untuk bulan Disember serta meningkatkan kestabilan sistem. Pengguna di Malaysia perlu menanti untuk kemas kini ini dimuat turun kerana ia diberikan secara berperingkat ke seluruh dunia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd