Kemas Kini iOS 10.2 Dilaporkan Memburukkan Lagi Masalah Bateri iPhone

Kemas Kini iOS 10.2 Dilaporkan Memburukkan Lagi Masalah Bateri iPhone

Diterbitkan pada Dis 24, 2016 oleh .

Jika Samsung dilanda masalah bateri meletup pada Galaxy Note 7, 2016 ialah tahun yang buruk bagi Apple kerana masalah bateri MacBook Pro 2016 dan beberapa peranti iPhone model terdahulu. Seperti kami laporkan sebelum ini, pengguna telefon pintar iOS selain iPhone 7 merungut masalah bateri selepas melakukan kemas kini ke iOS 10.

Pengguna iPhone 6S adalah mangsa terbesar dengan peranti mati secara mengejut walaupun bateri masih memaparkan 30% cas. Apple kemudian mengatakan ini ialah masalah pengilangan  dan memulakan program gantian bateri. Masalah bateri ini berterusan dan kemas kini ke iOS 10.2 sepatutnya menyelesaikan masalah ini pada pengguna lain.

Forbes melaporkan bahawa sebaliknya berlaku. Pengguna iPhone kini merungut masalah bateri menjadi semakin buruk.Ketika peranti digunakan, peratusan bateri tidak akan menurun untuk masa yang lama sebelum tiba-tiba menjunam secara rawak. Ini menyukarkan pengguna untuk mengagak berapakah jumlah bateri sebenar.

Berita baik di sini ialah iOS 10.2.1 sedang menjalani ujian Beta. Pengguna Beta melaporkan ia menyelesaikan masalah bateri yang dialami mereka. Sekurang-kurangnya masalah ini sedang cuba diselesaikan dengan pantas oleh Apple.


TIPS & ULASAN