Pemilik Google Pixel Melaporkan Masalah Peranti Gagal Berfungsi Sepenuhnya

Pemilik Google Pixel Melaporkan Masalah Peranti Gagal Berfungsi Sepenuhnya

Diterbitkan pada Dis 24, 2016 oleh .

Masalah demi masalah melanda pengguna Google Pixel dan Pixel XL. Hanya beberapa hari yang lalu kami melaporkan masalah audio pecah pada tetapan tinggi dan dwi tap tidak berfungsi. Sebelum itu pula masalah silau lensa pada gambar yang diambil. Senarai masalah pada kedua-dua peranti ini bertambah satu lagi dengan laporan ia gagal berfungsi secara tiba-tiba.

Peranti akan gagal berfungsi (freeze) selama 30 saat sehingga 2 minit secara rawak. Skrin tidak mengesan sentuhan pengguna dan memaksa mereka mematikan peranti dengan menekan butang kuasa serta suara serentak. Dari forum pengguna Pixel, masalah ini berpunca dari aplikasi Life360. Apabila aplikasi dinyahpasang peranti kembali normal. Namun ada juga pengguna mengatakan masalah ini akan muncul sekiranya GPS dan Bluetooth diaktifkan. Kedua-dua fungsi ini perlu bagi kebanyakan aplikasi dan tidak boleh dinyahpasang.

Google masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai kewujudan masalah ini sungguhpun ada pengguna yang memulangkan peranti kerana masalah berlaku terlalu kerap. Diharap kesemua masalah melibatkan Pixel dan Pixel XL akan diselesaikan sebelum ia dijual secara rasmi di Malaysia kelak.

 


TIPS & ULASAN