Layari Facebook & Internet Sepuasnya Menggunakan Xpax Daripada Celcom – #nokelentong

Layari Facebook & Internet Sepuasnya Menggunakan Xpax Daripada Celcom – #nokelentong

Diterbitkan pada Dis 26, 2016 oleh .

Nampaknya dengan tahun ini yang bakal berakhir, pelbagai syarikat telekomunikasi telah mula menawarkan pelan baru dengan tawaran data yang lebih tinggi. Salah satu yang menjadi kesukaan orang ramai adalah Xpax daripada Celcom yang bukan sahaja menawarkan kawasan yang luas, bahkan kuota data yang telah dipertingkatkan.

Dibawah kempen terbaru mereka iaitu #NoKelentong, Xpax menawarkan lebih banyak data yang boleh dinikmati oleh pengguna. Xpax kini menawarkan 10GB untuk digunakan pada Facebook tanpa sebarang bayaran dan hanya perlu memastikan akaun Xpax anda aktif. Ini bermakna, anda boleh melayari Facebook tanpa menggunakan kuota langganan internet anda – malah walaupun tidak melanggan sebarang pakej internet. Memandangkan aplikasi Facebook adalah aplikasi yang kerap digunakan dan kerap menghabiskan data, dengan pengasingan penggunaan ini ia sekaligus membolehkan anda menikmati lebih banyak kuota internet.

Selain daripada 10GB untuk Facebook, Xpax juga kini menawarkan 10GB data internet asas yang membolehkan anda menggunakannya untuk WhatsApp, WeChat, Telegram, LINE dan sebagainya – sekali lagi tanpa anda perlu mengeluarkan sebarang bayaran untuknya, dan hanya memastikan akaun Xpax anda aktif sahaja.

10GB untuk Facebook pada kelajuan tinggi, 10GB untuk internet asas. Kedua-duanya ini tersedia setiap bulan, tanpa sebarang perkara terselindung, No Kelentong.

Xpax NoKelentong

Facebook Malaysia - IMG_8934

Untuk musim cuti perayaan dan akhir tahun ini, anda seharusnya berubah menggunakan Xpax kerana dengan tawaran yang sebegini sememangnya menguntungkan anda. Menurut Facebook yang juga baru membuka ibu pejabatnya di Malaysia, rakyat Malaysia aktif menggunakan perkhidmatan mereka berbanding menonton televisyen. Bukan sekadar menonton video, malah pengguna tempatan lebih suka melayari Facebook berbanding halaman web yang lain.

Jika dikirakan dari statistik diatas, dan digabungkan dengan tawaran penggunaan Facebook tanpa mengambil kuota data sedia ada, anda boleh melayari Facebook tanpa risau, melakukan penstriman aktiviti yang anda lakukan semasa cuti (Facebook Live), menonton video-video di Facebook tanpa had dan pelbagai lagi perkara selagi mana akaun anda masih aktif. Apatah lagi memandangkan kini ramai yang menghabiskan masa di Facebook, penawaran percuma daripada Celcom ini sangat menarik hati malah salah seorang selebriti tempatan iaitu Ayda Jebat menggunakan Xpax dengan kuota data 10GB Facebook untuk mengemaskini dengan lebih kerap dan melakukan Facebook Live dengannya.

Dan untuk anda yang inginkan data tambahan, Xpax kini menawarkan pelan yang mudah difahami tanpa pecahan kepada penggunaan seperti beberapa syarikat telekomunikasi lain. Pengguna boleh melanggan pada kadar serendah RM3 untuk 1GB dan menggunakannya pada mana-mana perkhidmatan, bila-bila masa, tanpa kira 3G atau 4G.

Xpax No Kelentong

Pelan prabayar Celcom Xpax ini boleh didapati dari mana-mana kedai dan cawangan yang menjualnya hari ini – atau anda juga boleh menukar ke pelan ini melalui aplikasi Xpax pada Android dan iOS.

Ketahui lebih lanjut: Xpax No Kelentong

Penafian: Advertorial dari Celcom Xpax


TIPS & ULASAN