Microsoft Sedang Menguji Fungsi Pemasangan Dan Tetapan Windows 10 Dikuasakan Cortana

Microsoft Sedang Menguji Fungsi Pemasangan Dan Tetapan Windows 10 Dikuasakan Cortana

Diterbitkan pada Dis 25, 2016 oleh .

Cortana merupakan pembantu digital berasaskan arahan suara yang dibangunkan oleh Microsoft, dan bakal hadir diintegrasikan pada pelbagai peranti. Ia sedia hadir terbina pada Windows 10 – tetapi tidak diaktifkan untuk pengguna tempatan disebabkan oleh sokongan bahasa.

Walaubagaimanapun, terkini Microsoft dilihat sedang menguji ciri baru melalui Cortana pada Windows 10 – iaitu membolehkan pengguna membuat pemasangan dan tetapan awal Windows 10 melalui arahan suara yang dikuasakan Cortana.

Cortana Install

Bagi anda yang pernah menggunakan dan menetapkan komputer Windows 10 buat pertama kali mungkin sedia maklum dengan langkah-langkah ini yang memerlukan pengguna memasukkan nama PC, sambungkan kepada WiFi, dan beberapa perkara lain. Melalui versi pembangunan baru, Microsoft dilihat mengintegrasikan kebolehan untuk mendengar arahan suara dan membuat pemasangan serta tetapan awal Windows 10.

Seperti biasa, Microsoft masih mengekalkan penggunaan tetikus dan juga papan kekunci untuk tujuan yang sama.

Bagi anda, adakah anda akan menggunakan fungsi tetapan berasaskan input suara, atau lebih selesa dengan menggunakan skrin sentuh atau tetikus?


TIPS & ULASAN