Cari @ Amanz

Permainan strategi dibawah jenama Command & Conquer merupakan antara yang popular di seluruh dunia, dengan beberapa permainan dibawahnya seperti Red Alert dan lain-lain. Terkini, salah seorang pengasasnya turut hadir dengan permainan strategi masa-nyata untuk permua, iaitu War Commander : Rogue Assault.

War Commander Rogue Assault

War Commander Rogue Assault

War Commander: Rogue Assault menawarkan permainan yang lebih kurang sama seperti beberapa permainan dibawah Command & Conquer, dimana pengguna perlu membangunkan kawasan mereka dan melindunginya, disamping pada masa yang sama menyerang pihak lawan.

Permua ini ditawarkan secara percuma untuk Android dan iOS, dan turut hadir dengan sokongan pembelian dalam-aplikasi. Namun, berbeza dengan beberapa permainan lain, anda boleh menikmati permainan ini tanpa masalah dan perlu menghabiskan wang padanya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd