Cari @ Amanz

Samsung Galaxy A merupakan salah satu keluarga peranti berspesifikasi pertengahan daripada Samsung, yang turut menyertakan beberapa ciri-ciri daripada keluarga Galaxy S. Terkini, untuk tahun 2017 kelak, Samsung akan memulakan tahun berkenaan dengan memperkenalkan siri keluarga Galaxy A 2017.

Samsung Galaxy A5 2017

Beberapa peranti dijangka diumumkan dibawah keluarga berkenaan, dan terkini gambar Samsung Galaxy A5 2017 telah pun mula tertiris ke arena web. Daripada gambar yang tertiris, ia dilihat Galaxy A5 2017 akan hadir dalam empat pilihan warna – termasuk pilihan warna biru dan juga merah-jambu.

Dari segi spesifikasi, Galaxy A5 2017 bakal membawakan skrin 5.2-inci dengan paparan HD penuh, cip Exynos 7880, memori 3GB RAM, kamera belakang dan hadapan 16-megapixel, bateri berkapasiti 3000mAh serta ruangan storan terbina 32GB.

Dengan ketirisan terbaru ini, mungkin kita akan mendengar lanjut mengenai telefon pintar dibawah siri Galaxy A 2017 ini dalam masa beberapa hari lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd