LG Dilaporkan Mungkin Melancarkan LG G6 Lebih Awal Untuk Menyaingi Samsung
LG

LG Dilaporkan Mungkin Melancarkan LG G6 Lebih Awal Untuk Menyaingi Samsung

Diterbitkan pada Dis 26, 2016 oleh .

LG dan Samsung boleh dikatakan antara pesaing tradisi dari Korea Selatan. Mereka sering memperkenalkan peranti pada masa yang lebih kurang sama. Namun, kini dengan desas-desus mengatakan Samsung mungkin menangguhkan sedikit pelancaran, laporan baru hadir mengatakan LG dalam persiapan untuk memperkenalkan LG G6 lebih awal lagi.

Dengan melancarkan LG G6 lebih awal, LG menyasarkan untuk menjana lebih banyak jualan. Mengikut laporan awal, LG dikatakan melihat pada bulan Februari atau Mac untuk pelancaran peranti baru mereka ini.

Selain daripada menjana angka jualan lebih tinggi, LG juga dikatakan perlu mendapatkan lebih banyak jualan memandangkan LG G5 sebelum ini kurang mendapat perhatian ramai pengguna melalui sokongan modularnya.

Sekiranya perkara ini benar, maka kita mungkin akan melihat LG memperkenalkan telefon pintar mereka sekitar MWC 2017 ataupun lebih awal daripadanya.


TIPS & ULASAN