Google Menguji Sokongan Membeli Data Internet Terus Pada Aplikasi YouTube

Google Menguji Sokongan Membeli Data Internet Terus Pada Aplikasi YouTube

Diterbitkan pada Dis 26, 2016 oleh .

YouTube Buy DataDalam usaha memudahkan lagi para pengguna menikmati video YouTube, kini Google dilihat menguji sebuah fungsi baru yang membolehkan para pengguna untuk membeli data internet daripada syarikat telekomunikasi masing-masing terus menggunakan aplikasi YouTube.

Melalui aplikasi YouTube untuk Android, kini sebuah menu baru ditambah, dinamakan sebagai “Buy Data”. Buat masa ini, halaman berkenaan masih memaparkan halaman kosong, dan tiada pilihan untuk membeli data.

Tetapi, jikalau diperhatikan daripada fungsi serupa yang telah diaktifkan untuk pengguna Thailand, ia dilihat YouTube mengintegrasikan sokongan untuk membolehkan para pengguna membeli data daripada syarikat telekomunikasi mereka, dan menggunakannya dalam menikmati video YouTube.

Bagi anda yang menggunakan YouTube pada Android, adakah anda sudah dapat melihat pilihan Buy Data ini?


TIPS & ULASAN