HandBrake 1.0 Diperkenalkan – Perisian Yang Memudahkan Anda Mengubah Format Video

HandBrake 1.0 Diperkenalkan – Perisian Yang Memudahkan Anda Mengubah Format Video

Diterbitkan pada Dis 27, 2016 oleh .

HandbrakeTerdapat sejumlah perisian yang memudahkan anda membuat perubahan format video dari satu format kepada yang lain. Salah satu perisian seumpamanya yang popular adalah Handbrake, dan kini versi 1.0 untuk Handbrake telah pun dilancarkan secara rasminya.

Untuk makluman, Handbrake telah dalam pembangunan sejak 13 tahun yang lepas, dan ia merupakan salah satu perisian yang digunakan ramai dalam mengubah format dan menggunakannya dalam proses penyuntingan dan sebagainya.

Melalui kemaskini dan versi stabil pertama ini, ia menawarkan sokongan VP9, sokongan video 4K, high-bit depth encoding, selain turut melengkapkan perisian ini dengan sokongan dokumentasi atas-talian, dan sejumlah fungsi baru yang lain.

Bagi anda yang berminat, anda boleh memuat-turun perisian Handbrake 1.0 ini untuk Windows, Mac dan Linux.

Muat-Turun Handbrake untuk komputer


TIPS & ULASAN