Samsung Hadir Dengan Gambar Teaser Pertama Untuk Galaxy A 2017 – Memperlihatkan Sokongan Kalis Air

Samsung Hadir Dengan Gambar Teaser Pertama Untuk Galaxy A 2017 – Memperlihatkan Sokongan Kalis Air

Diterbitkan pada Dis 27, 2016 oleh .

Samsung Galaxy A merupakan keluarga telefon pintar dengan spesifikasi pertengahan daripada Samsung, tetapi turut menyertakan beberapa sokongan premium daripada siri Galaxy S. Kini, untuk tahun 2017 menjelang tiba, pihak Samsung dilihat dalam persiapan untuk memperkenalkan telefon pintar Galaxy A 2017 sekitara Januari ini.

Galaxy A Series (2017)

Sebagai persiapan awal sebelum pelancaran, kini pihak Samsung telah mula menawarkan gambar teaser untuk peranti akan datang mereka. Daripada gambar pertama yang dikongsikan bersama kami, pihak Samsung memperlihatkan Galaxy A 2017 kelak akan menyertakan sokongan kalis air.

Ia tidak diketahui lagi sama ada sokongan kalis air ini bakal meliputi kesemua peranti dibawah siri Galaxy A, atau hanya beberapa sahaja. Namun, dengan penyertaan sokongan kalis air pada peranti berspesifikasi pertengahan – ia semestinya akan menarik minat ramai pengguna dalam mendapatkannya.

Dengan perkongsian teaser awal ini, kita mungkin akan dapat melihat beberapa teaser lain daripada Samsung dalam hari-hari akan datang.


TIPS & ULASAN