Cari @ Amanz

Dalam pelbagai komputer riba Windows 10 di pasaran, salah satu yang menawarkan rekaan yang elegan adalah Dell melalui siri XPS mereka. Terkini, ia dilihat Dell secara tidak sengaja telah memperlihatkan spesifikasi untuk komputer riba XPS 15 akan datang mereka yang dijangka diperkenalkan pada awal 2017 kelak.

Dell XPS 15 (2017) kelak ini dijangka akan dilengkapi dengan cip pemprosesan Kaby Lake, dan menariknya turut menyertakan kad grafik daripada NVIDIA, iaitu GeForce GTX 1050. Seperti kebiasaan, Dell dijangka menawarkan tiga variasi berbeza berdasarkan cip pemprosesan, iaitu Intel Core i3, i5 dan i7.

Dell dijangka mengekalkan rekaan yang sama seperti sebelum ini, dimana hadir dengan rekaan bezel yang nipis dan tampak premium. Dell dijangka turut menawarkan sokongan pengimbas cap jari melalui Windows Hello pada komputer riba ini.

Tarikh pengenalan rasmi untuk komputer riba ini masih tidak diketahui lagi. Berkemungkinan kita akan mendengar lanjut mengenainya selepas CES 2017 kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd