Pada tahun ini, kita telah menyaksikan Apple memperkenalkan iPhone 7 Plus yang hadir dengan sokongan dwi-kamera yang disusun secara bersebelahan kiri-dan-kanan. Kini, hadir laporan baru mengatakan Apple mungkin memperkenalkan iPhone baru pada tahun 2017 bersaiz 5-inci, dan menggunakan dwi-kamera dengan kedudukan atas-dan-bawah.

Desas-desus mengenai iPhone bersaiz 5-inci ini telah kedengaran sejak beberapa bulan lepas. Ia dikatakan model ini akan hadir dan dipasarkan selain daripada model “iPhone 7s” dan juga “iPhone 7s Plus”, serta dijangka menawarkan spesifikasi yang lebih kurang sama.

Dengan tahun 2017 yang bakal menjadi ulang-tahun ke-10 sejak iPhone diperkenalkan, semestinya ramai yang akan menantikan apakah kejutan yang bakal dibawakan oleh Apple sepanjang tahun baru ini.

TIPS & ULASAN