Samsung Dijangka Mengintegrasikan Sokongan Pembantu Pintar Digital Pada Aplikasi Natif Di Galaxy S8

Samsung Dijangka Mengintegrasikan Sokongan Pembantu Pintar Digital Pada Aplikasi Natif Di Galaxy S8

Diterbitkan pada Dis 28, 2016 oleh .

Samsung sebelum ini telah mengambil-alih syarikat pembantu pintar digital daripada pengasas Siri, iaitu Viv. Sejak daripadanya, ia telah diperkatakan Samsung bakal mengintegrasikan fungsi tersebut pada Galaxy S8 yang bakal hadir pada 2017 ini.

Menurut SamMobile, Samsung dijangka bakal menggunakan Bixby (yang dikuasakan oleh Viv) pada Galaxy S8 kelak, dan ia bakal diintegrasikan dan menguasakan pelbagai aplikasi yang hadir terbina pada Galaxy S8.

Bixby ini dijangka akan menggantikan S-Voice yang turut sebelum ini pernah hadir pada telefon pintar siri Galaxy-S.

Menggunakan Bixby, pengguna dikatakan boleh mendapatkan pelbagai jawapan berdasarkan sesuatu konteks – lebih kurang seperti Google Assistant atau Siri. Fungsi seperti carian gambar pintar dan sebagainya turut dijangka diintegrasikan pada Galaxy S8 ini, dimana pengguna hanya perlu membuat carian kata kunci berkaitan sesuatu gambar – dan ia akan menggunakan pembelajaran mesin dalam mengenal-pasti sesuatu gambar dan memperlihatkan kepada pengguna, lebih kurang seperti Google Photos.

Maklumat lanjut mengenai Bixby ini masih samar-samar lagi buat masa ini.

Samsung dijangka akan mengumumkan Galaxy S8 sekitar bulan April 2017 kelak.


TIPS & ULASAN