Qualcomm Dijangka Berkongsi Lanjut Mengenai Cip Snapdragon 835 Pada CES 2017

Qualcomm Dijangka Berkongsi Lanjut Mengenai Cip Snapdragon 835 Pada CES 2017

Diterbitkan pada Dis 28, 2016 oleh .

Qualcomm sebelum ini sedia mengumumkan mengenai Snapdragon 835 secara ringkas, dimana ia bakal menggunakan rekaan 10nm dan dikeluarkan oleh Samsung. Terkini, pihak Qualcomm melalui perkongsian di Twitter memperlihatkan mereka bakal berkongsi lanjut mengenainya pada CES 2017 kelak.

Buat masa ini, ia diketahui yang mana Snapdragon 835 kelak akan turut menyertakan sokongan Quick Charge 4.0 yang membolehkan pengecasan sehingga 50% dalam masa 15 minit.

Kita mungkin akan mendengar lebih lanjut mengenai apakah sokongan tambahan yang bakal disertakan pada Snapdragon 835 ini pada acara CES 2017 yang bakal berlangsung bermula minggu hadapan.


TIPS & ULASAN