Cari @ Amanz

Yi Technology merupakan salah satu syarikat dibawah ekosistem Xiaomi dan memfokuskan kepada arena fotografi. Mereka sebelum ini telah hadir dengan pesaing GoPro pada harga rendah, selain beberapa produk lain dalam arena kamera.

Yi 4K+

Terkini, untuk CES 2017 kelak, Yi Technology dilihat bakal memperkenalkan kamera aksi terbaru mereka, yang mungkin dikenali dengan nama Yi 4K+. Salah satu ciri utama pada kamera ini dilihat adalah sokongan rakaman 4K pada kadar 60FPS – sekaligus menjadikan ia antara terawal menyokongnya berbanding beberapa kamera aksi lain yang menawarkan kadar rakaman pada 30FPS.

Selain daripada kamera aksi, pihak Yi Technology juga dijangka akan memperkenalkan sebuah dron baru yang dinamakan sebagai Erida. Kita akan mendengar lanjut mengenai kedua-dua produk baru ini melalui acara CES 2017 yang akan berlangsung minggu hadapan. Selain Yi Technology, pihak Xiaomi sendiri akan menghadirkan diri buat pertama kali pada acara berkenaan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd