Cari @ Amanz

Oppo Malaysia sebelum ini telah memberikan petanda bakal menawarkan Oppo R9s untuk pasaran Malaysia. Hari ini, mereka berkongsi lanjut dan telah mula menghantar jemputan media untuk pelancaran peranti berkenaan di Malaysia pada 5 Januari 2017 ini.

Oppo R9s

Melalui Oppo R9s, pihak Oppo tidak sekadar memfokuskan kepada fungsi selfie, tetapi dilihat lebih memfokuskan kepada kamera belakang. Ia kini hadir dengan kamera 16-megapixe f/1.7 pada bahagian belakang, serta menyertakan sokongan PDAF.

Oppo R9s menggunakan skrin bersaiz 5.5-inci, dijana menggunakan cip Snapdragon 625, memori 4GB RAM, storan 64GB serta sokongan pengecasan pantas VOOC.

Harga jualan dan tarikh ia akan mula dijual di Malaysia dijangka akan diumumkan secara rasmi pada tarikh pelancaran berkenaan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd