Samsung Galaxy A 2017 Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 5 Januari

Samsung Galaxy A 2017 Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 5 Januari

Diterbitkan pada Dis 28, 2016 oleh .

Lanjutan daripada gambar teaser ringkas semalam, hari ini pihak Samsung Malaysia telah mula menghantar jemputan untuk pelancaran telefon pintar siri Galaxy A 2017 secara rasminya untuk pasaran tempatan, iaitu pada 5 Januari 2017 kelak.

Berkemungkinan pengenalan siri Galaxy A 2017 di Malaysia ini akan menjadi antara yang terawal di dunia. Buat masa ini, apakah perkara yang akan ditawarkan sepenuhnya masih menjadi tanda tanya.

Melalui gambar teaser semalam, Samsung sedia memperlihatkan ia bakal hadir dengan rekaan kalis air – sekaligus menawarkan salah satu ciri premium mereka untuk keluarga peranti dengan spesifikasi pertengahan.

Kita akan mendengar lanjut mengenai penawaran spesifikasi, tarikh dan harga jualan tempatan melalui acara berkenaan yang dijadualkan pada 5 Januari 2017 ini.

Galaxy A Pelancaran


TIPS & ULASAN