Cari @ Amanz

Dwi kamera ialah fungsi paling popular sepanjang 2016. Walaupun diperkenalkan oleh HTC One M8 beberapa tahun yang lalu, fungsi kamera berkembar ini hanya mula mendapat perhatian pengguna sejak Huawei P9 dengan kamera Leica memasuki pasaran. Sejak itu semakin banyak peranti premium mula menggunakannya. Di China Gionee M2017 dilancarkan dan ia bukan sahaja dilengkapi dwi kamera malahan mempunyai skrin dwi-lengkung serta dwi bateri.

Dua bateri 3500 mAh disertakan di dalam peranti premium ini dan menyokong pengecasan pantas QuickCharge 3.0. Gionee M2017 dilengkapkan skrin 5.7″ QHD AMOLED, pemproses Snapdragon 652, RAM sebesar 6 Gigabyte dan storan 128/256 Gigabyte.

Kamera belakang berkembar 13+12 Megapixel digabungkan dengan kamera hadapan 8-Megapixel. Selain daripada itu keseluruhan tubuh peranti diperbuat daripada logam dengan panel belakang diperbuat daripada kulit. Peranti ini mensasarkan golongan yang mahukan peranti premium dan dijual pada harga bermula RMB 6999 (~RM 4510) sebuah.

 

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd