Cotton Wife – Patung Khas Untuk Menikmati Permainan Realiti Maya Dengan Lebih Realistik

Cotton Wife – Patung Khas Untuk Menikmati Permainan Realiti Maya Dengan Lebih Realistik

Diterbitkan pada Dis 29, 2016 oleh .

Jepun ialah negara yang banyak menghasilkan inovasi seperti Walkman dan kayu selfie. Kedua-dua produk rekaan Jepun ini digunakan secara meluas di seluruh dunia. Peranti realiti maya semakin popular dan sebuah inovasi baru muncul dari negara Matahari Terbit. Cotton Husband/Wife ialah patung yang direka khas untuk pengguna peranti realiti maya.

Apabila digunakan bersama permainan realiti maya, ia membolehkan pengguna terasa seperti dengan insan sebenar. Patung ini direka khas untuk pengguna yang tinggal berseorangan dan tidak berpengalaman mempunyai kekasih sebenar. Tekstur patung dikatakan hampir seperti manusia sebenar dan panas apabila dipeluk. Ia sesuai digunakan dengan permainan realiti maya genre temu janji bersama gadis sekolah menengah yang amat popular di Jepun.

Ia dijual pada harga Yen 11000 (RM 420) sebuah dan ini ialah “waifu” lebih mampu milik berbanding Gatebox, teman wanita hologram yang turut dihasilkan untuk pasaran Jepun.


TIPS & ULASAN