Cari @ Amanz

Huawei kini telah mengumumkan yang mana mereka telah mengeluarkan lebih daripada 10 juta unit telefon pintar Huawei P9 dan P9 Plus sehingga kini – menjadikan ia salah satu peranti yang sangat popular keluaran pengeluar dari China berkenaan.

Huawei P9 Rose Gold

Di Malaysia sahaja, pada bulan September lepas Huawei mengatakan mereka telah menjual lebih daripada 100,000 unit Huawei P9. Menjelang penghujung tahun ini, ia tidak diketahui lagi apakah angka akhirnya. Tetapi apa yang pasti, jenama Huawei dilihat semakin kukuh dihati pengguna tempatan dan juga dunia.

Huawei P9 merupakan telefon pintar pertama daripada Huawei yang turut hadir dengan sokongan kamera berteknologi Leica. Selain daripada Huawei P9, mereka juga turut telah mula memasarkan Huawei Mate 9 sejak beberapa minggu lepas di Malaysia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd