Restoran Di Kuching Menjadi Terawal Di Malaysia Menggunakan Pelayan Robot

Restoran Di Kuching Menjadi Terawal Di Malaysia Menggunakan Pelayan Robot

Diterbitkan pada Dis 29, 2016 oleh .

Kita sedia mendengar mengenai penggunaan robot di beberapa restoran di luar negara. Terkini, di Malaysia, Restoran CH Premier yang beroperasi di Kuching telah mula mengguna-pakai robot sebagai pelayan, dalam menjadikan proses lebih efisyen selain turut menjadi daya penarik untuk pelanggan.

Restoran Robot

Sebanyak empat robot digunakan pada restoran berkenaan dan bertugas sebagai pelayan. Ia beroperasi dengan menghantar makanan daripada dapur kepada meja pelanggan. Setiap robot berkenaan juga turut dilengkapi dengan sensor untuk memastikan ia dalam jarak yang selamat daripada sebarang objek atau manusia, selain turut boleh bertutur secara ringkas menggunakan bahasa Inggeris atau Mandarin.

Walaupun menggunakan pelayan robot, restoran berkenaan masih memerlukan tenaga kerja manusia buat masa ini untuk pelbagai tujuan, termasuk untuk memasak.


TIPS & ULASAN